Friday, 30 December 2011

Mengenali kanak-kanak Pintar Cerdas

MENGENALI KANAK-KANAK PINTAS CERDAS

Pintar Cerdas

Definisi

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.
Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:

Pengamatan tinggi

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi

Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain

Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdasPermasalah dari segi perkembangan asynchronous
Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sungguhpun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif .
Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.


Cuci Badan & Relax - Last part


Lepas makan kitorang semua serbu la condo mak long deorg ni kat Damansara Perdana..
Apa lagi...masing-masing merehatkan badan......hmm...;)


Arreez dah merayu-rayu nak jugak turun mandi...

Masing-masing dah tak tahan dah...apa lagii...heheheh..gedebushhhh ;)

Cantik kolam kat Metropolitan SQ Condo nie..hmm...ada 7 kolam..setiap blok ada kolam sendiri ;) bestkan..hmm,....tapi, harini mama tak join berendam..maleh ler..ramai2..kalau dgn anak2 aje..ok la ;D huhu..segan nak jadi dugongg ;)

Arreez, Airell & Arash.....


Afrina dgn gaya terbang...haha..

View dari balkoni rumah...


Kolam yang cantik :D

Cuci Mata & Tekak ;) Part 3

Hmmmm..restoran ape ni?..teka?..hehehehhe..hmm..yes..salah satu branch restoran Hadramawt..so..dh sampai kat sini..apa lagi..pekena nasik arab le kiterrr..Ya habibi..ya maulana...;D Branch ni kat The Strand Kota Damansara... :)


Makan ramai-ramai :)


Huhuhuhuhu...ape lagi....mandy lamb la pilihann hati mama :) huhu..jemput cuci mata yer :)

Cuci Mata - Part 2


Sambil jenjalan cuci mata....kami semua ber 'Dondurma' ;D..Ia adalah ais krim yg berasal dari Turki...tak sama dgn ais krim kita kat sini...rasa pure..satu cone ni rm5...selalu tengok dalam tv pasal Dondurma nie..so, kali ni kitorg try la rasa pulak ;D


Ada berbagai rasa ;) durian..mango..vanila...coklat...deorg tak pakai scoop pun..uli dgn besi ni je...;) huhu..


So..kalau korang lalu2 kat area Sg Wang Plaza nie...singgah la rasa....hubby saya kata tak brapa best..ye la..lain tekak lain la rasa..tp, dapat kat mama & bebudak2 ni..sapannn gakk..licinn..hehehehhe ;)

;

Uik..kusyuknyer adikkk :)


Ameesha & Afrina pun enjoy ;)


Abang Arash kat belakang tu sampai tak sedar Papa Lang tgh amik gambar ;)


Adik sempat lagi bergambar dengan kakak pari2 nie...hehehe.. ;D


Jalan-jalan ;) shopping tak yah la....selalu dah.... ;D


Jalan2 Cuci Mata -Part 1


Dah lama tak jenjalan kat Bukit Bintang KL...maklum ler..skrg dah dok area The Curve..kalau tak dulu..masa bujang-bujang dulu..rajin gak la merayap Lot 10 , Sg Wang segala...ni kebetulan ada anak2 buah balik KL..bawak la jenjalan sekali :)


Jalan punya jalan...nampak la BEAR yang banyak2 nie...so, kitorang pun stop le kejap tengok & sessi mengambik gamboo..hehehheheheh :) biasa ler....huhuh...Setiap 1 bear, melambangkan negara masing-masing...ada banyak sangat..beratus gak..:D ambik mana yg sempat aje....:D


Ni la sedikit sebanyak penerangan pasal UNITED BUDDY BEARS nie :) ..benda ni ada 6 Dec sampai 15 Feb 2012..so, sapa yg nak dtg KL nak tgk masih ada lagi :) "Mari Mengenali Satu Sama Lain :D"


Banyakkann?.... :D


Dah jalan aje..biasa la...perut pun lapoooo...so, kitorg pun masuk la kat The Loaf :) masing-masing memilih apa nk di kudapp...makannn..hmm..;)


Mama punya yg ni :D


;D

Friday, 16 December 2011

Keli Bakar & Air Asam Special

Bila sebut saja tentang Ikan Bakar...masing-masing dah kecur liurkannnn!! :) heheh...ada yg terbayang pari bakar la..tuka-tuka bakar la...siakap bakar la..cencaru bakar la..dan lagi, mesti terbayang-bayang air asam dia lah..itu yang paling penting..Air Asam!!..kalau cecah dia fail..jawabnya..semua menu fail..heheheheh..betul tak?...hmm..apa pun semua memang sedappp..tapi harini, saya nak share camana nak buat Ikan Keli Bakar & Cecah Air Asam Special :D sebab sayaa sukaaa sangat ikan keli...huhuhu........


Mula-mula..siang ikan dan cuci ikan keli dengan asam jawa...Ikan Keli ni dia berlendir-lendir..so..kalau nak hilangkang lendir tu..memang kena cuci & rendam sekejap dgn asam jawa..baru lendir tu hilang & tak licin...lepas tu..baru senang nak kelar2 ikan tu...


Dah siap cuci tu dan kelar ikan tu, korang garamkan ikan tu..lepas garam, buhkan serbuk kari..bukan kunyit biasa tu ye..Serbuk Kari..tak kisahlah nak guna serbuk kari Ikan ke..serbuk kari Daging/Ayam..saya biasa pakai serbuk kari Daging/Ayam Babas tu je...lebih sedappp :)
Dah siap gaul2kan..biar lebih pun takpe...biar rempah kari tu meresap ke dalam ikan.. :D



Selesai aje gaul2 tu..dh boleh la letak atas daun pisang & frying pan..buh sket je minyak ( 1 sudu besar) kat pan tu sblm letak ikan dlm daun pisang tu..pastu bukak api kecik...pastu tutup pan biar dia masak sekata..dah 10 minit..balikkan ikan dgn daun-daun tu skali...tutup lagi...pastu, intai2 la...jgn la sampai ikan jd hangit...ikut la citarasa korang..nak ikan tu masak garing..bakar la lama sket..kalau nak sedang2 aje..jgn la lama-lama sangat.. :)



Sementara ikan tu dibakar..kita disiapkan air asam dia....bahan-bahannya ialah :-
  1. Bawang Besar 1 biji- dipotong dadu
  2. Cili Padi - dihiris ikut suka buh bnyk mana - saya biasanya 6,7 bijik aje, sbb tak bleh mkn pedas, nnti sakit perut)
  3. Cili Besar - dihiris 1 biji ( ikut suka kome nak buh bnyk mana)
  4. Perahan Air Asam Jawa -2,3 sudu besar ( atau agak sendiri nk buh bnyk mana)
  5. Tomato 1/2 biji...dipotong dadu.
  6. Kicap Lemak Manis-Saya punya kicap kipas udang.. :)

Ok, dh potong-potong semua bahan-bahan tu..masukkan dalam mangkuk..masukkan air perahan asam jawa ( make sure perah dengan air masak ye) dan last masukkan kicap ikut suka..dalam 3,4 sudu je ok dah..pastu rasa la...kalau nak letak garam secubit ke..kalau tak letak pun takpe je...ikut citarasa korang la yee..hmm..pastu ambik sudu..kacau-kacau kasi sebati..pastu siappp :) hmm...so, lepas nie...boleh la korang try yaa...sedappp!!..


Selamat Mencuba!!

Tuesday, 6 December 2011

Misteri Musim Durian..apa yang tumpang makan?..

Musim durian memang seronok..kalau boleh tiap-tipa minggu nak balik kampung tunggu durian gugur..pastu..berlari-lari berebut-rebut nak cari durian yang jatuh dalam semak..berebut dengan beruk..yelah, bila durian gugur aje..beruk..monyet pun sama dok intai gak..kita lambat aje, depa la sebat dulu bawak lari..haha :) dari kecikk sampai besar..perasaan seronok kutip sendiri buah durian jatuh memang takkan hilang :D


Tapi dalam best-best tu..ada gak cerita-cerita yang menyeramkan sket..huhuhu.... ;D
Durian nie..bukan orang aje yang suka..banyak binatang lain yang suka gak..macam..tupai..monyet..beruk..lotong.."Baa Alif Baa Yaa."..heheh..dan ada 1 lagi...Pak Belang..Aumm..huhuhu...takutt le pulok.. :D

Misteri di bawah pokok durian..buah durian dimakan dan bijinya di biar di situ jugak...cara bukak durian pun cantik..macam bunga..kalau orang..takkan dapat bukak macam nie...kalau beruk pun takkan..Toyokk tu lagi la..hancur di sondolnyer aje..yang nie.....hmm...menurut abah, hanya 1 binatang tu aje..makan cara ini....sebab dia dah biasa dengan misteri ini..cumanya dulu benda ni jadi kat kebun durian yg jauh dari dari rumah(di kawasan kg yg lain).....dia kata..biarlah dia nak tumpang makan...jangan kacau orang udah ler...

Pada fikiran kita yang logik nie..takkan lah tiang konkrit pagar reban abah ni boleh patah sendiri?..kalau tak di tolak..atau tak dipaut dek makhluk yang besar & berat?..kurang-kurangkan 80kg keatas..sebab kalau agak2 monyet aje..mmg tak jejas tiang nie...hmm..misteri..misteri.. :) huhu... Ada 3,4 malam sebelum ni. adik lelaki aku ada cakap..masa dia suluh ke arah pokok durian masa tengah malam (waktu tu angsa berbunyi2 bising)...dia nampak 2 biji mata yg berwarna oren....jarak antara satu adalah 1 jengkal..tapi sebab torch light tu tak clear sangat sebab makhluk tu ada kat bwh pokok durian yg jauhnya dlm 200 meter dari rumah..so..tk nmpk rupa dia..hmm..bayangkan lah...kalau dari jauh dah nampak 1 jengkal..kalau dekat?..hmm..eeihh..seram gak yek..;D

Tengok lah cara dia tumpang makan......hmmm.....agak menyeramkan bila aku pegi sendiri ke bawah pokok & tengok sendiri..huhuhu..kadang kalau tengok ada gak mcm cerita Upin Ipin Hantu Durian..Opekk Pashi-pashi tu..huhu..tp...ini bukan opekkk...ini...ntah la..wallahualam...sapa yg ada idea nak kongsi nanti boleh la bagitau ya...mana lah tau...kot ada yang terserempak dengan hal sebegini... :) adiouuss :)

Balik kg Musim Buah hujung tahun...

Alhamdullillah...balik kampung kali ni memang sangatttt2 besttt.. :) kebetulan musim buah durian...raja segala buah..musim yang palinggg ditunggu-tunggukannn ;)
Kebetulan hari sabtu tu elok aje panas..(selalu hujan)..so...mmg banyak la durian gugur..... :) rezeki kami la niiii :) so..sampai-sampai aje dari KL...terusss makan duriann ;) heheh....

Balik kg tu skali la nak pegi kenduri mengantar pengantin kat Parit :) best jugak :) lama nak gi kenduri kat kampung :) lagi-lagi dapat jumpa kawan sekolah..lagi best..rindu betul :D

Balik kampung ni sempat gak, buat tempoyak...cabut ubi...amik pisang..heheh...
syiokk melawat tanaman2 abah...pokok-pokok buah lain...yang paling geram bila Duku Madu tak masak lagi..huhuhu..abah kata lg 2,3 bulan baru masak kuning..huishh..moga-moga sempat makannnn :) heheh....

Durian-durian abah kuning-kuning belaka..manis..bijik dia kecikk lopekk aje :)...ada yg jenis putih..ada yang jenis rasa susu...macam-macam lah...hmm..setiap 1 ada rasa sedap dia yg tersendiri..tak dapat nak di gambarkan :) jamu mata je la yeee ;)



Kuning...Manis...lemak berkrimmmm... :)


sapa nak tolong makannn nie?..


Atok balik kutip durian belakang umah..

Buah Longan... ;)



Tempoyakk :)


huhu....papa deorang mencabut ubi..dann macam biasa..no picture please...badan takpe..hmm...hubby yg tk brapa mesra camera..kalo mama?..hmm..selai mau..haha ;)


Ayam Turkey Tok.....seekor mau 3,4 kilo nie.. ;)


Itik putih Tok ;)


Angsa-angsa tok...



Pokok Duku Madu..buah merenyut-renyut..issh..geram betul.. ;)


Tebang pisanggg emas... ;)


Buah dragon baru abih..baru berbuah balik...muda lagi..huhu ;)


Pokok Buah Kedondong..;)

Template by:

Free Blog Templates